referral fee????
December 30th, 2007 by apnizanassalamulaikum,
Saya menulis untuk mencungkil pengalaman atau pengetahuan kawan2 berkenaan masalah rasuah pihak-pihak yg memberi kerja kpd peguam2, terutama dikalangan kakitangan bank-bank.
Saya dengar ada pegawai-pegawai bank yg menuntut supaya peguam membayar kickback kepada mereka dlm bentuk wang ringgit sebagai syarat memberikan kerja kpd peguam. Kickback ini ada sama ada mengikut berdasarkan percent drpd jumlah fee yg dibayar kpd peguam atau dlm jumlah yg telah ditetapkan.
Saya berminat untuk mengagak sejauh mana masalah ini sudah menular dan sejauh mana ia memberi kesan kpd peguam-peguam. Kalau boleh saya juga ingin tahu bagaimana kawan-kawan mengangani masalah tersebut.
Tujuan saya adalah untuk menilai sejauh mana kerja-kerja bank ini masih viable untuk dilakukan. Adakah pegawai2 yg tidak makan suap sudah terlalu sedikit sehingga menutup ruang peguam yg tidak ingin terlibat dgn perbuatan tersebut?
Untuk tujuan perbincangan ini, saya ingin menghadkan apa yg dianggap sebagai rasuah kepada yg berbentuk yg berbentuk wang ringgit atau hadiah yg diberikan kerana diminta oleh pihak yg memberi kerja tersebut, sama ada secara berlapik atau secara terang. Sudah tentu banyak lagi situasi yg boleh jatuh dibawah definisi rasuah, tetapi mungkin lebih sukar untuk dibuktikan dan akan menyukarkan perbincangan.
Ada juga peguam-peguam yg terlibat memberikan rasuah menjustifikasi perbuatan mereka dgn menganggap perbuatan tersebut bukan rasuah atau hanyalah referral fee dan dibenarkan. Sekiranya ada dikalangan kawan2 yg beranggapan sedemikian, saya juga ingin tahu hujahnya tanpa perlu kita berdebat.
Kepada yg tidak ingin berbincang di e-group, anda boleh email saya secara terus di hureen1508@yahoo.com
Sekian, terima kasih